Permasalahan epistimologi: enigma kesedaran dan kaitannya dengan kosmologi Melayu

Oleh: Azree Nazri – Kesedaran adalah halus tetapi tidak ghaib. Kehadirannya secara mudah dapat diperhalusi apabila sedang mendisriminasikan situasi gelap dan cerah. Tetapi jika diteliti, kecerahan/kegelapan yang sampai ke saraf yang berasal dari mata dan kemudian ke otak adalah tidak penting untuk fungsi kesedaran. Yang paling menghairankan, fotodiod yang sensitif cahaya juga dapat mengecam keadaan cerah dan gelap. Bilamana cahaya dipasang, meningkatkan arus didalam litar, ia menyala, dan jika lampu dipadamkan, arus didalam litar jatuh kepada kosong, ia tidak menyala. Adakah fotodiod juga sedar keadaan gelap dan cerah, sepertimana kita? kenapa fotodiod juga tidak dikatakan mempunyai satu pengalaman sedar cerah dan gelap? Mesti ada beberapa tatacara yang perlu dipenuhi sebelum aktiviti sel-sel tertentu didalam korteks visual dapat dikaitkan dengan pengalaman sedar cerah dan gelap, dimana aktiviti fotodiod tidak. Adakah alam kuantum mempengaruhi fenomena ini? Apakah hubungan kesedaran dengan kosmologi Melayu?